Jual Beli Hartanah: Direct vs Double Transfer

oleh Muhammad Faiz bin Hasan

Perkara yang anda perlu tahu berkenaan jual beli hartanah

Dalam urusan jual beli hartanah, pindah milik boleh berlaku melalui dua kaedah, iaitu Direct Transfer atau Double Transfer.

Apakah itu Direct Transfer?

Direct Transfer adalah pindah milik hartanah yang berlaku terus daripada pemaju/penjual kepada pembeli.

Direct Transfer boleh dilakukan apabila geran hartanah sudah di atas nama penjual. Oleh itu, pindah milik boleh didaftarkan terus ke atas nama pembeli dalam jual beli hartanah.

Terdapat juga keadaan di mana walaupun hartanah milik penjual tetapi geran masih di atas nama pemaju, pindah milik hartanah tetap boleh didaftarkan terus ke atas nama pembeli, tertakluk kepada persetujuan pemaju.

Apakah itu Double Transfer?

Double Transfer adalah pindah milik hartanah yang berlaku daripada pemaju kepada penjual, dan setelah itu, pindah milik hartanah daripada penjual kepada pembeli.

Bagi Double Transfer, pindah milik hartanah antara pemaju kepada penjual hendaklah disempurnakan dan didaftarkan terlebih dahulu, kemudian barulah pindah milik kedua antara penjual kepada pembeli dapat didaftarkan dan disempurnakan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di FAAIZ Law. Jika anda memerlukan bantuan guaman untuk urusan hartanah, lihat perkhidmatan Conveyancing & Property kami di Puchong, Selangor.

Perlukan nasihat guaman?

Langkah pertama anda dengan peguam FAAIZ Law adalah penilaian awal secara percuma.

Hubungi FAAIZ Law
Make an Inquiry