APA YANG ANDA PERLU TAHU BERKENAAN eJAMIN

Ramai tidak tahu bahawa Jabatan Kehakiman Malaysia telah meluluskan peranti “online” eJamin bagi menyelesaikan jaminan secara “online” dengan lebih mudah dan selamat.

cara-cara menggunakan eJamin

1) Layari eJamin.my


2) Isi maklumat ‘Info Penjamin’ dan ‘Info Tertuduh’ di halaman utama eJamin. Pastikan anda mengisi borang ‘online’ tersebut dengan lengkap agar borang tidak ditolak


3)Selepas mengisi borang ‘Info Penjamin’ dan ‘Info Tertuduh’, anda akan dibawa ke halaman ‘Skrin Kuning’. Sila paparkan peranti mudah alih anda kepada Pegawai Mahkamah yang bertugas untuk pengesahan maklumat. Pegawai Mahkamah akan memaklumkan amaun ikat jamin dan nombor kes. Isi nombor kes dan amaun jaminan dalam ruang yang berkenaan dalam halaman ‘Skrin Kuning’.


4) Pembayaran wang jaminan boleh dibuat melalui perbankan atas talian (FPX) melalui bank pilihan anda. Sila pastikan akaun anda mempunyai had pemindahan yang mencukupi. Anda juga boleh mengumpulkan amaun jaminan dari akaun-akaun lain ke akaun anda sekiranya jumlah jamknan tidak mencukupi.


5) Anda akan menerima pengesahan pembayaran dan bukti ikat jamin melalui emel.


6) Tunggu sesi taklimat dengan kakitangan Mahkamah dan Orang Tertuduh berkenaan. Proses perlepasan sudah lengkap