Apa Itu Fitnah (Defamation) di Malaysia?

oleh Muhammad Faiz bin Hasan

Satu komen di media sosial boleh berakhir dengan saman berjumlah ratusan ribu ringgit. Fitnah (defamation), atau dalam bahasa harian disebut saman malu, ialah antara tuntutan sivil yang paling kerap timbul di Malaysia hari ini. Artikel ini menerangkan maksud defamasi, elemen yang perlu dibuktikan, contoh kes sebenar termasuk melibatkan artis, dan satu salah faham besar: perkara yang orang sangka defamasi tetapi sebenarnya bukan.

Jika anda menjadi mangsa fitnah atau ingin memahami hak anda, lihat perkhidmatan Defamasi & Gangguan kami di Puchong, Selangor.

Apakah maksud fitnah?

Fitnah berlaku apabila seseorang menyiarkan kepada pihak ketiga sesuatu kenyataan tidak benar yang menjatuhkan reputasi seseorang yang lain, iaitu yang membuatkan orang itu dipandang rendah, dibenci, atau dicemuh oleh anggota masyarakat yang berfikiran waras. Tuntutan sivil defamasi dikawal oleh Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957). Terdapat juga fitnah jenayah (criminal defamation) di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, tetapi artikel ini menumpukan kepada tuntutan sivil.

Apakah beza libel dan slander?

Fitnah terbahagi kepada dua: libel dan slander. Libel ialah fitnah dalam bentuk kekal, seperti tulisan, siaran media, hantaran Facebook, atau video. Slander pula ialah fitnah dalam bentuk sementara, seperti kata-kata yang dilafazkan atau isyarat. Perbezaan ini penting kerana libel boleh disaman tanpa membuktikan kerugian sebenar (actionable per se), manakala slander pada amnya memerlukan bukti kerugian khusus, kecuali dalam keadaan tertentu.

Apakah elemen-elemen fitnah?

Untuk berjaya, plaintif perlu membuktikan tiga elemen atas imbangan kebarangkalian: pertama, kenyataan itu berunsur fitnah (defamatory), iaitu menjatuhkan reputasi; kedua, kenyataan itu merujuk kepada plaintif, iaitu orang yang membaca atau mendengar faham ia mengenai plaintif; dan ketiga, kenyataan itu disiarkan (published) kepada sekurang-kurangnya satu pihak ketiga, bukan hanya kepada plaintif sahaja. Ketiga-tiga elemen mesti ada.

Adakah orang yang share atau komen juga boleh kena saman?

Ya, dan ini sering disalah anggap. Anda tidak perlu menjadi penulis asal untuk dikira menyiarkan fitnah. Prinsip undang-undang ialah setiap penyiaran semula (republication) adalah fitnah yang baharu. Maka tindakan share, retweet, atau komen yang mengulangi kenyataan fitnah boleh menjadikan anda turut bertanggungjawab, seolah-olah anda yang memulakannya. Dalam kes GS Realty Sdn Bhd lwn Lee Kong Seng, mahkamah memutuskan pemilik akaun Facebook juga boleh bertanggungjawab atas komen pihak ketiga di laman beliau apabila beliau sedar tetapi tidak membuang komen tersebut. Maka berhati-hati sebelum menyebarkan apa-apa kandungan yang anda tidak pasti kebenarannya.

Berapa besar ganti rugi fitnah?

Ganti rugi bergantung kepada keterukan fitnah, jangkauan penyebaran, dan kesannya kepada reputasi. Award tertinggi setakat ini ialah RM7 juta dalam kes Ling Wah Press lwn Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, dan trend award tinggi ini bermula dengan kes MGG Pillai lwn Vincent Tan (1995). Bagi kes melibatkan artis, mahkamah turut memberi ganti rugi yang ketara: pelakon Maria Farida memperoleh RM400,000, artis Puteri Sarah memperoleh RM150,000, dan penyanyi serta pelakon Ifa Raziah memperoleh RM50,000, kesemuanya melibatkan kenyataan fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial. Secara amnya, award terkini banyak berada dalam julat RM100,000 hingga RM400,000, bergantung kepada fakta.

Apa yang BUKAN fitnah tetapi orang salah anggap?

Ramai orang menyangka apa-apa pendedahan yang memalukan ialah fitnah. Ini tidak tepat. Jika seseorang mendedahkan muka anda, rakaman CCTV, nombor kad pengenalan, atau nombor akaun anda, dan maklumat itu benar, ia biasanya bukan defamasi, kerana tiada kenyataan palsu yang menjatuhkan reputasi. Defamasi memerlukan imputasi yang tidak benar. Maka perbuatan mendedahkan maklumat yang benar tentang anda tidak boleh disaman sebagai fitnah, walaupun ia mengganggu atau memalukan.

Kalau dedah muka, IC, CCTV atau nombor akaun, jatuh bawah apa?

Pendedahan sebegitu jatuh di bawah undang-undang lain, bukan defamasi. Yang paling relevan kini ialah kesalahan doxxing di bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang berkuat kuasa pada 11 Julai 2025. Seksyen 507E menjadikan satu kesalahan untuk mendedahkan maklumat pengenalan seseorang tanpa kebenaran dengan niat atau pengetahuan ia mungkin menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau bahaya (termasuk bahaya reputasi), manakala Seksyen 507F mensasarkan pengedaran data peribadi seperti alamat rumah tanpa kebenaran. Hukumannya termasuk penjara sehingga tiga tahun. Selain itu, pendedahan dalam talian yang menyinggung juga boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika disertai ancaman, ia boleh menjadi ugutan jenayah (criminal intimidation) di bawah Seksyen 503 dan 506 Kanun Keseksaan.

Apa tindakan yang boleh saya ambil?

Bergantung kepada keadaan, anda boleh: membuat laporan polis bagi kesalahan doxxing, ugutan, atau penyalahgunaan dalam talian; membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) untuk kandungan dalam talian; atau, jika ia benar-benar fitnah, mengambil tindakan sivil untuk ganti rugi. Simpan bukti seperti tangkap layar (screenshot), pautan, tarikh dan masa. Peguam boleh menilai sama ada kes anda lebih sesuai dikendalikan sebagai fitnah, doxxing, atau pelanggaran privasi.

Boleh saya bawa kes doxxing ke mahkamah sivil?

Ini sering disalah faham. Doxxing di bawah Seksyen 507E dan 507F Kanun Keseksaan ialah kesalahan jenayah, bukan satu kausa tindakan sivil. Maka mangsa membuat laporan polis untuk pendakwaan, bukan menyaman secara terus atas "doxxing", kerana buat masa ini tiada tort khusus bernama doxxing di Malaysia. Untuk pergi sivil, fakta anda perlu muat dalam kausa tindakan sedia ada seperti pencerobohan privasi (invasion of privacy), pecah keyakinan (breach of confidence), fitnah (jika ada imputasi palsu), atau kecuaian. Namun, tort pencerobohan privasi di Malaysia masih belum mantap: ia diiktiraf dalam kes seperti Lee Ewe Poh lwn Dr Lim Teik Man dan Maslinda Ishak lwn Mohd Tahir Osman, tetapi ditolak sebagai tort am dalam kes lain. Sebagai alternatif, melalui proses jenayah, mahkamah boleh memerintahkan pampasan kepada mangsa apabila sabit kesalahan, di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Oleh sebab Seksyen 507E baru berkuat kuasa pada 11 Julai 2025, bidang ini masih baharu dan belum banyak diputuskan oleh mahkamah. Dapatkan nasihat peguam untuk menilai sama ada fakta anda menyokong tuntutan sivil, atau lebih sesuai melalui saluran jenayah.

Nota: Maklumat ini bersifat pendidikan dan umum sahaja, bukan nasihat guaman untuk kes tertentu. Setiap kenyataan perlu dinilai berdasarkan konteks dan faktanya sendiri.

By Muhammad Faiz bin Hasan

A single comment on social media can end in a lawsuit worth hundreds of thousands of ringgit. Defamation, often called "saman malu" in everyday Malay, is one of the most common civil claims in Malaysia today. This article explains what defamation means, the elements that must be proved, real cases including some involving celebrities, and one major misconception: things people think are defamation but are not.

If you are a victim of defamation or want to understand your rights, see our Defamation & Nuisance services in Puchong, Selangor.

What does defamation mean?

Defamation occurs when someone publishes to a third party an untrue statement that lowers another person's reputation, that is, a statement that causes that person to be looked down on, hated or ridiculed by right-thinking members of society. Civil defamation claims are governed by the Defamation Act 1957. There is also criminal defamation under Section 499 of the Penal Code, but this article focuses on civil claims.

What is the difference between libel and slander?

Defamation falls into two types: libel and slander. Libel is defamation in a permanent form, such as writing, a media broadcast, a Facebook post or a video. Slander is defamation in a transient form, such as spoken words or gestures. The difference matters because libel is actionable without proof of actual loss (actionable per se), whereas slander generally requires proof of special damage, except in certain situations.

What are the elements of defamation?

To succeed, the plaintiff must prove three elements on the balance of probabilities: first, that the statement is defamatory, meaning it lowers the plaintiff's reputation; second, that the statement refers to the plaintiff, meaning those who read or heard it understood it to be about the plaintiff; and third, that the statement was published to at least one third party, not only to the plaintiff. All three elements must be present.

Can people who share or comment also be sued?

Yes, and this is often misunderstood. You do not need to be the original author to be treated as publishing a defamatory statement. The legal principle is that every republication is a fresh defamation. Sharing, retweeting or commenting in a way that repeats a defamatory statement can therefore make you liable as well, as if you had started it. In GS Realty Sdn Bhd v Lee Kong Seng, the court held that the owner of a Facebook account can also be liable for third-party comments on their page when they are aware of the comments but do not remove them. Be careful before spreading any content whose truth you are unsure of.

How much are defamation damages?

Damages depend on how serious the defamation is, how widely it spread and its effect on reputation. The highest award so far is RM7 million in Ling Wah Press v Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, affirmed by the Federal Court, and this trend of high awards began with MGG Pillai v Vincent Tan (1995). In cases involving celebrities, the courts have also awarded significant damages: actress Maria Farida received RM400,000, artiste Puteri Sarah received RM150,000, and singer and actress Ifa Raziah received RM50,000, all involving defamatory statements spread in part on social media. In general, recent awards often fall in the range of RM100,000 to RM400,000, depending on the facts.

What is NOT defamation, even though people think it is?

Many people assume that any embarrassing disclosure is defamation. That is not accurate. If someone exposes your face, CCTV footage, identity card number or account number, and the information is true, it is usually not defamation, because there is no false statement that lowers your reputation. Defamation requires an untrue imputation. Disclosing true information about you therefore cannot be sued on as defamation, even if it is disturbing or embarrassing.

If my face, IC, CCTV footage or account number is exposed, what law applies?

Disclosures like these fall under other laws, not defamation. The most relevant today is the offence of doxxing under the Penal Code (Amendment) Act 2025, which came into force on 11 July 2025. Section 507E makes it an offence to disclose a person's identifying information without consent, with the intention or knowledge that it is likely to cause harassment, distress, fear or harm (including reputational harm), while Section 507F targets the distribution of personal data such as a home address without consent. The penalties include imprisonment of up to three years. In addition, offensive online disclosures can be an offence under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998, and if accompanied by threats, they can amount to criminal intimidation under Sections 503 and 506 of the Penal Code.

What action can I take?

Depending on the circumstances, you can: lodge a police report for doxxing, threats or online abuse; complain to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) about online content; or, if it is genuinely defamatory, take civil action for damages. Keep evidence such as screenshots, links, dates and times. A lawyer can assess whether your case is better handled as defamation, doxxing or a breach of privacy.

Can I take a doxxing case to the civil court?

This is often misunderstood. Doxxing under Sections 507E and 507F of the Penal Code is a criminal offence, not a civil cause of action. Victims therefore lodge a police report for prosecution rather than suing directly for "doxxing", because at present there is no specific tort called doxxing in Malaysia. To go the civil route, your facts must fit an existing cause of action such as invasion of privacy, breach of confidence, defamation (if there is a false imputation) or negligence. However, the tort of invasion of privacy in Malaysia is not yet settled: it was recognised in cases such as Lee Ewe Poh v Dr Lim Teik Man and Maslinda Ishak v Mohd Tahir Osman, but rejected as a general tort in other cases. Alternatively, through the criminal process, the court may order compensation to the victim upon conviction under the Criminal Procedure Code. Because Section 507E only came into force on 11 July 2025, this area is still new and the courts have not yet decided many cases. Get legal advice to assess whether your facts support a civil claim or are better pursued through the criminal route.

Note: This information is general and for education only, not legal advice on any particular case. Every statement must be assessed on its own context and facts.

Need legal advice?

Your first step with a FAAIZ Law lawyer is free.

Contact Us →